top of page

POKOK GETAH TERTUA ROSAK

KUALA KANGSAR: Pokok getah tertua di Malaysia berusia 146 tahun di Jalan Tun Razak di sini, berisiko tumbang selepas dikesan mengalami kerosakan pada bahagian pangkalnya yang didapati berlubang.

 

Timbalan Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Malaysia (PKPKM), Meor Harun Meor Osman berkata, keadaan itu dikesan oleh pihaknya baru-baru ini dan mendapati lubang berkenaan semakin membesar dan bahagian batangnya sudah reput.

Menurutnya, keadaan itu mungkin disebabkan batang pokok itu dimakan anai-anai atau disebabkan usia pokok tersebut yang sudah tua.

Beliau berkata, keadaan lubang pada pokok tersebut dibimbangi boleh menyebabkan pokok yang mempunyai nilai warisan tertinggi itu boleh tumbang.

"Keadaan lubang pada pokok ini jika dibiarkan semakin lama semakin membesar. Lebih membimbangkan jika lubang ini semakin membesar, kemungkinan pokok ini boleh tumbang. 

"Berdasarkan tinjauan, saya mendapati lubang pada pangkal pokok tersebut sudad besar, kanak-kanak yang kecil pun boleh masuk," ujarnya.

MEOR Harun Meor Osman menunjukkan kerosakan pada pokok gerah tertua di Malaysia yang sudah berlubang pada bahagian pangkalnya di lokasi pokok itu ditanam di Kuala Kangsar. Sumber - Utusan Malaysia

bottom of page