SMALLHOLDERS OUTREACH PROGRAM MEDAN, INDONESIA
Pada 20 Oktober 2022, PKPKM telah membawa MPOC dan SUHAKAM membuat lawatan kepada pekebun kecil kelapa sawit di kawasan Ijok, Selangor bertujuan mendapatkan maklum balas pekebun kecil tempatan berkenaan kempen kesedaran mengenaik hak asasi manusia dan buruh paksa. PKPKM telah diketuai oleh Tuan Haji Mohd Nor Omar, Bendahari Agung PKPKM merangkap Ahli Lembaga Pengarah Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), dan Encik Sahman bin Duriat sebagai orang yang mengumpulkan pekebun-pekebun kecil tempatan di Ijok. MPOC pula diketuai oleh Timbalan Ketua Eksekutif MPOC, Puan Belvinder Kaur Sron manakala Encik Ahmad Afifi bin Ramli mengetuai rombongan seramai 6 orang daripada SUHAKAM.
Dalam perjumpaan tersebut, Pihak MPOC dan SUHAKAM telah mendapatkan maklumat daripada pekebun kecil berkenaan tahap kesedaran mereka terhadap difinisi buruh paksa dan buruh kanak-kanak. Hasil perbincangan telah mengenal pasti bahawa pekebun kecil kelapa sawit tempatan kebanyakannya tidak mempunyai pekerja ladang sendiri dan menggunakan khidmat peniaga (orang tengah) untuk mendapatkan pekerja. Wakil peniaga buah pula, Encik Zaidi memaklumkan beliau sedar berkenaan isu buruh paksa dan memastikan kebajikan pekerja terjaga dengan menyediakan rumah kediaman pekerja, memberi cuti sekurang-kurangnya sehari dalam seminggu dan tidak menyimpan passport pekerja ladang.
Manakala berkenaan isu pekebun kecil menggunakan buruh kanak-kanak, wakil-wakil pekebun kecil tempatan memaklumkan ia berkait rapat dengan isu budaya di Malaysia di mana pekebun kecil tidak menggunakan buruh kanak-kanak, namun apa yang berlaku adalah kebanyakan anak-anak suka membantu ahli keluarga di ladang semasa waktu cuti, namun terhad kepada mengutip biji lerai sawit sahaja. Pekebun kecil tidak membenarkan aktiviti membaja, meracun dan menuai buah sawit dilakukan oleh anak-anak dan cucu mereka yang masih di bawah umur 18 tahun kerana faktor keselamatan.
Wakil MPOC dan SUHAKAM kemudiannya di bawa ke salah satu ladang milik pekebun kecil tempatan untuk melihat sendiri kaedah buah sawit dituai dan dikumpulkan oleh pekerja ladang. Lawatan tamat jam 12.30 tengah hari.